SENDAYAN, 16 Jan 24 – Lt Kol Norazan bin Md Amin TUDM, Provos Marsyal Udara telah mempengerusikan Mesyuarat Provos Marsyal Udara (PMU) Siri 1/24 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Provos Marsyal.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan maklumbalas mesyuarat yang lepas dan membentangkan penyata keseluruhan kes jenayah dan narkotik yang berlaku dalam kalangan warga TUDM. Selain itu, turut dibentangkan juga KPI dan takwim bagi tahun 2024.
Dalam ucapan penggulungan, Provos Marsyal Udara berharap agar semua pegawai di CPM TUDM dan CPJ Zon mengambil maklum tentang cabaran-cabaran yang dihadapi semasa menjalankan siasatan dan seterusnya melaksanakan pelan tindak yang telah ditetapkan dalam mesyuarat kali ini.
Di akhir mesyuarat, Provos Marsyal Udara menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai CPM TUDM dan CPJ Zon yang telah bersama-sama beliau menjayakan mesyuarat pada kali ini di samping menyeru semua ahli mesyuarat untuk menghayati tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.