MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA SIRI 2/20

4 5 6
7 8 9
10 14

 

KUANTAN, 6 Okt 20 – Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Siri 2/20 telah dipengerusikan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM bertempat di Hotel Zenith, Kuantan.

Mesyuarat yang telah bermula mulai 4 hingga 6 Okt 20 ini telah membincangkan isu-isu melibatkan pendidikan dan latihan di dalam TUDM, cabaran-cabaran serta permasalahan yang timbul terutamanya di dalam situasi norma baharu rentetan daripada wabak pandemik COVID-19.

Terdapat 5 kertas kerja dan taklimat telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu:
1. Cabaran dan Inisiatif untuk Menjadikan SLTT di bawah MPPLU.
2. Integration of Air Defence Simulator System (ADSS) with Tactical Operational Flight Trainer (TOFT) SU – 20 MKM.
3. Cabaran PU Sendayan untuk Mendukung Perkhidmatan Logistik Unit Latihan.
4. Pembentangan Status Jawatankuasa Pengurusan Aset Latihan (JKPAL).
5. Pelaporan KPI Unit-Unit Latihan MPPLU.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat kali ini adalah Kol Mohd Sani bin Omar TUDM, Pengarah Latih.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer