ALOR SETAR, 10 Apr 21 - Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Kolej Tentera Udara (KTU) telah dilaksanakan bertempat di Dewan Banquet, OMQ Kolej Tentera Udara. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Komandan Kolej, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk merancang aktiviti BAKAT Kolej bagi tahun 2021 dan melantik barisan Ketua Biro dan AJK yang baharu. Mesyuarat berlangsung dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pengerusi BAKAT Kolej, Puan Dewi Mastura binti Tumiran menyeru ahli-ahli BAKAT Kolej untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi tahun 2021. Selain itu, beliau turut mengingatkan ahli-ahli BAKAT Kolej untuk memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebajikan keluarga masing-masing terutamanya semasa era pendemik COVID-19 ini.