MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT PANGKALAN UDARA GONG KEDAK BAGI TAHUN 2021

IMG 20210404 WA0007 IMG 20210404 WA0023 IMG 20210404 WA0010
IMG 20210404 WA0013 IMG 20210404 WA0028 IMG 20210404 WA0028

 

GONG KEDAK, 2 Apr 21 – BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2021 (AGM BAKAT 21) yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak.

Mesyuarat Tahunan BAKAT ini dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT pangkalan, Puan Haniza binti Mior Hashim dan turut dihadiri oleh, Pegawai BAKAT Pangkalan, Lt Nur Atikah Farween bin Abdul Aziz TUDM serta Pegawai BAKAT Skuadron/Cawangan. Mesyuarat diteruskan mengikut agenda yang telah ditetapkan antaranya adalah mengesahkan dan meluluskan minit mesyuarat yang lepas, membincangkan perkara-perkara berbangkit, pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari BAKAT serta membentangkan aktiviti-aktiviti BAKAT yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020.

Selain itu, mesyuarat ini dijalankan untuk melantik Ahli Jawatankuasa BAKAT yang baru serta mengekalkan beberapa Ahli Jawatankuasa BAKAT 2020 bagi menerajui BAKAT Udara pangkalan bagi tahun 2021. Mesyuarat juga telah membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2021. Majlis di akhiri dengan sesi soal jawab oleh ahli BAKAT yang hadir serta penyampaian sijil penghargaan dari Pengerusi BAKAT PUGK kepada barisan AJK Tahun 2020.

Turut hadir Penasihat BAKAT Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM bersama semua Eksekutif Pangkalan. Antara intipati ucapan Perasmian Komander Pangkalan adalah menyeru agar semua ahli bersatu hati dan berkerjasama dalam menjayakan aktiviti BAKAT di pangkalan. Aktiviti-aktiviti kebajikan perlu diberi tumpuan bagi meningkatkan moral anggota.