MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) BAKAT SEKOLAH LATIHAN TEMPUR TUDM BUKIT IBAM

1 2 3
4 5 6

 

BUKIT IBAM, 25 Mac 23 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) Bukit Ibam telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2023 bertempat di Dewan Seri Ibam, SLTT. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Marysia Johnny, Pengerusi BAKAT TUDM Bukit Ibam dan telah dihadiri oleh ahli BAKAT SLTT Bukit Ibam.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah SLTT, Mej Raymond bin Radsung TUDM. Turut hadir pada majlis pembukaan adalah Mej Muhammad Fauzee bin Kamaruddin TUDM, Ketua Jurulatih, Kapt Muhd Zulkifli bin Mat Nawi TUDM, Ketua Cawang Khidmat dan Lt Muhammad Fahmi bin Mua’ad TUDM, Pegawai BAKAT Unit.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah aktiviti tahunan BAKAT untuk tahun 2023, pembubaran AJK 2022, pelantikan AJK baru, pembentangan kewangan dan perkara-perkara keperluan persatuan.

Di akhir mesyuarat, Pengerusi BAKAT SLTT, Puan Marysia Johnny mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK dan Ketua-ketua BIRO tahun 2022 yang telah memberi sokongan dan kerjasama demi menjayakan aktiviti BAKAT SLTT sepanjang tahun 2022. Kepada AJK dan Ketua-ketua BIRO tahun 2023 yang telah dilantik, beliau mengucapkan tahniah dan syabas atas perlantikan dan kepercayaan yang diberikan. Beliau juga menyeru agar AJK dan Ketua-ketua BIRO tahun 2023 menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik dan ikhlas.