ALOR SETAR, 19 Dis 23- Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara, Alor Setar telah melakar sejarahnya yang baharu pada hari ini dengan penyerahan tampuk pemerintahan INSPEN 1 di antara Leftenan Kolonel Ryan Mackeith Stevenson TUDM kepada Pegawai Memerintah yang baharu, Mejar Rose Adrianna binti Ibrahim Sukri TUDM sekaligus mencipta sejarah TUDM sebagai pegawai wanita TUDM yang pertama menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah INSPEN 1.
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah INSPEN 1 telah disaksikan dan disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara Alor Setar. Turut hadir di majlis ini ialah pegawai - pegawai skuadron serta warga INSPEN 1.
Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepad Leftenan Kolonel Ryan Mackeith Stevenson TUDM di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di INSPEN 1 dan selamat maju jaya di dalam kursus yang dihadiri.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Mejar Rose Adrianna binti Ibrahim Sukri TUDM yang diamanahkan oleh pimpinan tertinggi TUDM menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah INSPEN 1 dan meneruskan kecemerlangan pasukan.