PUSPAHANAS, 22 Nov 23 - Seramai 180 pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia dan 33 pegawai Angkatan Tentera dari luar negara telah dipilih untuk mengikuti Malaysian Command and Staff Course (Joint) atau singkatan MCSCJ Siri 52/23 bermula dari 3 Jan 23 sehingga 2 Jan 24. Peserta dari luar negara adalah dari Amerika Syarikat, Australia, Bangladesh, Cambodia, Fiji, Filipina, India, Thailand, Indonesia, Jordan, Korea Selatan,Maldives, New Zealand, Singapura,Saudi Arabia dan Uganda.
Di dalam kursus ini, PW U I Hong Kim Soon dari No 3 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth telah dijemput sebagai Pensyarah Jemputan bagi menyampaikan syarahan sebagaimana yang terkandung dalam modul pembelajaran tersebut iaitu, "Soldier Expectation Towards A Commanding Officer".
Kursus ini bertujuan untuk mendidik dan menyediakan pegawai yang bakal memegang jawatan pemerintah atau jawatan yang lebih tinggi. Mereka diberi tumpuan dalam modul pembangunan kepimpinan, pemikiran strategik, perancangan operasi, membuat keputusan, dan kemahiran lain yang diperlukan untuk kepimpinan tentera yang berkesan di peringkat yang lebih tinggi.