ALOR SETAR, 9 Dis 21 – Sekolah Latihan Pegawai (SLP) telah melaksanakan Majlis Tadbir Sumpah Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) TUDM Pengambilan Tahun 2021 dan Pembukaan Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 31/21 bertempat di Dewan Auditorium Sekolah Latihan Pegawai. Kursus ini akan disertai oleh 55 Pegawai Kadet Graduan (PK) lelaki dan emapt (4) Pegawai Kadet Wanita yang akan berlangsung selama tempoh sembilan (9) bulan.
Majlis ini dimulai dengan upacara tadbir sumpah oleh PK dan diikuti dengan ucapan pembukaan kursus oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM. Majlis ini turut dihadiri Ketua Sekolah Latihan Pegawai, Lt Kol Muazam Shah bin Mohd Yusuf TUDM, Pegawai–pegawai daripada Cawang Tenaga Kerja - Markas Angkatan Tentera Malaysia, wakil pegawai dari Markas Tentera Udara dan pegawai Sekolah Latihan Pegawai.
Pengarah Tenaga Kerja, Brig Jen Roba’i bin Rahmat, Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM dan Komandan KTU, Brig Jen Masro bin Kaliwon turut sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini sebagai tetamu jemputan.
Warga SLP mendoakan agar semua Pegawai Kadet KAP Siri 31/21 dapat menjalani kursus ini dengan jayanya dan seterusnya ditauliahkan sebagai pegawai dalam perkhidmatan TUDM kelak.