MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA WARGA PPDK PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 2760 DSC 2764 DSC 2788
DSC 2808 DSC 2839 DSC 2873

 

KUANTAN, 26 Mei 23 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) ATM, Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada warga PPDK ATM bertempat di Bangunan PPDK PU Kuantan yang disempurnakan oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM.

Ketibaan Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi dan isteri, Puan Faesneza binti Mohd Zain telah disambut oleh Pegawai Penyelaras PPDK, Kapt Dalini binti Norozilan TUDM. Sebaik ketibaan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM dan isteri menyantuni pelatih PPDK dan keluarga serta menyampaikan sumbangan hari raya dari Tabung Kebajikan ATM kepada pelatih dan juga petugas PPDK.

DSC 2877 DSC 2888 DSC 2910
DSC 2955 DSC 2964 DSC 3017

 

Dalam ucapan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir pada hari ini. Beliau juga menitipkan harapan kepada ibu bapa kepada pelatih dapat memberikan kerjasama kepada penyelia dan petugas di PPDK terutamanya dalam program perkembangan sosial, penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam program PPDK.

Di akhir ucapan, beliau menyeru kepada kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa sentiasa bekerjasama agar PPDK dapat terus mengorak langkah untuk memberikan pembangunan seimbang dan kesejahteraan kepada golongan istimewa dalam menjana pembangunan OKU yang produktif serta kehidupan berdikari.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer