![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 5 Jan 2026 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Khidmat MPBU dan Pegawai Memerintah DMU yang telah berlangsung di Auditorium MPBU, Pangkalan Udara subang.
Dalam majlis ini, Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM telah menyerahkan tugas Pengarah Khidmat MPBU kepada Kol Amran bin Hassan TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Bantuan Udara.
Dalam majlis ini juga, Kol Amran bin Hassan TUDM telah menyerahkan tugas Pegawai Memerintah DMU kepada Lt Kol Hamon Razif bin Abd Hamed TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Bantuan Udara.
Seluruh warga MPBU menzahirkan penghargaan di atas sumbangan dan jasa yang yang telah banyak diberikan oleh Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM sepanjang beliau berkhidmat di MPBU. Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan kepada Kol Amran bin Hassan TUDM diatas perlantikan sebagai Pengarah Khidmat MPBU yang baharu.








