SUBANG, 18 Jul 23 – MTU-INSPEKTORAT telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Inspektorat TUDM di antara Kol Tan Chee Kee TUDM dengan Kol Muhammad Noruladzim bin Hj M. Taifor TUDM yang berlangsung di perkarangan foyer MTU-Inspektorat. Majlis Serah Terima Tugas ini telah disaksikan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kol Tan Chee Kee TUDM di atas jasa serta khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang bertugas di MTU-Inspektorat. Kol Tan Chee Kee TUDM akan bertugas di Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan Malaysia sebagai Ketua Inspektor Kemalangan Udara berkuatkuasa mulai 13 Julai 23. Semoga beliau terus maju jaya dalam apa jua tugasan dilakukan.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Kol Muhammad Noruladzim bin Hj M. Taifor TUDM atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Inspektorat TUDM yang baharu.