Select your language

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMANGKU PENGERUSI BAKAT PANGKALAN, PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6

 

GONG KEDAK, 9 Januari 2026 – Badan Kebajikan Angkatan Tentera Bakat (BAKAT) Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Pengerusi BAKAT Pangkalan. Upacara ini berlangsung di Rumah BAKAT Pangkalan, PU GK diantara Puan Puan Madihah binti Murad dengan Puan Siti Sarahanum binti Ismail. Majlis serah terima tugas ini disaksikan oleh Penasihat BAKAT PU GK, Lt Kol Hairul Nizam bin Hussain TUDM.

Di dalam majlis ini, Puan Madihah binti Murad telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli BAKAT PU GK di atas segala kerjasama dan sokongan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi BAKAT PU GK.

Seluruh ahli BAKAT PU GK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Madihah binti Murad di atas segala jasa bakti beliau sebagai Pengerusi BAKAT di PU GK. Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Sarahanum binti Ismail telah dilantik sebagai Pemangku Pengerusi BAKAT Pangkalan, PU GK yang baharu. Semoga beliau terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY