KUALA LUMPUR, 22 April 24 - Majlis Serah Terima Tugas bagi Pegawai Staf 2 Integriti MTU Cawangan Perkhidmatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara hari ini yang disaksikan oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM.
Majlis Serah Terima Tugas PS 2 Integriti yang melibatkan Mej Zarizal bin Idris TUDM telah menyerahkan tugas kepada Mej Muhammad Faiq bin Mohd Yusoff TUDM.
Seluruh warga Cawangan Perkhidmatan mengucapkan terima kasih kepada Mej Zarizal bin Idris TUDM di atas jasa bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada Mej Muhammad Faiq bin Mohd Yusoff TUDM yang diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai PS 2 Integriti yang baru. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.