SUBANG, 13 Mac 23 – PLTT Angkut telah melakar sejarah yang baharu pada hari ini dengan penyerahan tampok pemerintahan PLTT Angkut di antara Pemangku Pegawai Memerintah, Mej Mohd Raizal bin Mohd Bikri TUDM dan Pegawai Memerintah yang baharu, Lt Kol Wan Mohd Halif bin Wan Halim TUDM.
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah PLTT Angkut telah disaksikan dan disempurnakan oleh Kol Yusri bin Jamari TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan bagi mewakili Komander Pangkalan Udara Subang bertempat di Bilik Adenium PLTT Angkut. Turut hadir adalah Pegawai - Pegawai Memerintah Skuadron, Ketua - Ketua Cawangan serta warga PLTT Angkut.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pegawai Memerintah PLTT Angkut yang baharu, Lt Kol Wan Mohd Halif bin Wan Halim TUDM di atas pelantikan beliau.