SUBANG, 21 Sep 20 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah MPBU di antara Brig Jen Ir Mohd Razip bin A.Samad TUDM dengan Brig Jen Shuairi bin Abdullah TUDM di Padang Kawad MPBU.
Dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Sistem yang menyaksikan Brig Jen Ir Mohd Razip bin A.Samad TUDM menyerahkan jawatannya kepada Brig Jen Samir bin Abas TUDM. Kedua-dua majlis ini telah disaksikan oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta pegawai dan staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara.