SENDAYAN, 22 DIS 20 - Pangkalan Udara Sendayan telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Sendayan di antara Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM dengan Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM.
Majlis ini telah disaksikan oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM. Seluruh warga pangkalan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa bakti Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM sepanjang memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan di Pangkalan Udara Sendayan dan tahniah diucapkan kepada Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM di atas pelantikan sebagai Komander Pangkalan yang baharu.