KUANTAN, 13 Okt 22 – Materiel Udara 1 (MATRA 1) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua MATRA 1 yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama (DMU), Kol Amran bin Hassan TUDM.
Dalam majlis ini, Lt Kol Md Razip bin Fadzir TUDM telah menyerahkan tugas sebagai Ketua MATRA 1 kepada Mej Mohd Syahrul bin Eshahan TUDM. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan send-off mantan Ketua MATRA 1.
Seluruh warga MATRA 1 mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan khidmat yang dicurahkan oleh Lt Kol Md Razip bin Fadzir TUDM yang akan bersara tidak lama lagi dan tahniah diucapkan kepada Mej Mohd Syahrul bin Eshahan TUDM atas pelantikan sebagai Ketua MATRA 1 yang baharu.