SUBANG, 6 November 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf A3 telah berlangsung di antara Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM dengan Kol Norazman bin Ismail TUDM.
Majlis yang diadakan di Foyer Markas Pemerintahan Operasi Udara telah disaksikan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM.
Seluruh warga A3, MPOU mengucapkan terima kasih kepada Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan AKS A3 dan tahniah Kol Norazman bin Ismail TUDM yang diamanahkan untuk memangku tugas AKS A3. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.