![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 6 Feb 26 – Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Majlis Perasmian Penutup dan Pembukaan Pertandingan Sukan Antara Seksyen dan Program Larian RMAF 10KM Challenge serta Larian Fun Run 5KM BAKAT bagi Tahun 2025/2026 bertempat di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Perwira Di Angkasa diikuti dengan pemanasan badan yang telah diketuai oleh Jurulatih Jasmani Pangkalan. Pelepasan RMAF 10KM Challenge telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Baharin bin Mohamad TUDM. Manakala, pelepasan larian Fun Run 5KM BAKAT disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Rosdiana binti Mat Yakim.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi penyampaian medal sukan antara seksyen tahun 2025 dan pemenang Larian RMAF 10KM Challenge telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan. Beliau turut memberi ucapan Penutup Sukan bagi Tahun 2025 dan seterusnya merasmikan Pembukaan Sukan Antara Seksyen Pangkalan Udara Kuantan bagi tahun 2026.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota atas pencapaian cemerlang dalam bidang sukan serta komitmen berterusan dalam membudayakan gaya hidup sihat dan aktif.
























