IPOH, 29 Apr 22 - Akademi Tentera Udara (ATU) hari ini telah mengadakan satu majlis Penyerahan Beg dan Bungkusan Raya serta Sumbangan Raya bertempat di Auditorium Nuri ATU. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Junairi bin Baharom TUDM diiringi Ketua Jurulatih, Lt Kol Hasruddin bin Hashim TUDM.
Penyerahan beg dan bungkusan raya ini adalah bertujuan memberi penghargaan kepada warga akademi yang akan bertugas pada 3 Mei 22 sempena 1 Syawal 1443H. Pihak akademi sentiasa menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka yang ditugaskan pada hari tersebut.
Seramai 10 anggota pula telah menerima sumbangan raya daripada Tabung Kebajikan TUDM bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Semoga sumbangan ini dapat memberi keceriaan di hari lebaran kelak. Seluruh warga ATU yang hadir turut diberikan saguhati di akhir majlis. "Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima," hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Di harap dengan sumbangan yang telah diagihkan dapat menyuntik semangat raya kepada semua yang terlibat dan memberi kegembiraan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.