![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 25 Sep 25 – Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) & Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil, Pemakaian Lencana Tred serta Penutup bagi Advanced Air Traffic Control Officer-Approach Surveillance (AATCO-App Surv) Serial 15/25 & Basic Air Surveillance Operator Course (BASOC) Serial 55/25 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Trade Master Kawal & Lapor, Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM, diiringi oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian, barisan Jurulatih INSPRA serta ahli keluarga Penuntut Kursus BASOC Serial 55/25.
Bagi AATCO-App Surv Serial 15/25 terdiri daripada 15 x pegawai TUDM serta seorang pegawai dari Bangladesh Air Force (BAF). Kursus telah bermula pada 14 Jul 25 dan tamat pada 26 Sep 25. Matlamat kursus ini adalah untuk melatih pegawai agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai Kawalan Trafik Udara, dengan memberikan kawalan Approach Surveillance khususnya. Bagi penuntut kursus terbaik keseluruhan AATCO-App Surv Serial 15/25 berjaya dirangkul oleh Kapt Ahmad Izhan Afeef bin Ahmad Zaidi TUDM.
Seterusnya bagi BASOC Serial 55/25 terdiri daripada 29 x anggota LLP. Kursus telah bermula pada 3 Mac 25 dan tamat pada 26 Sep 25. Objektif kursus ini adalah untuk melatih anggota Non-Trademan sebagai anggota Juruteknik Pengawasan Udara dengan memberikan pengetahuan asas dan kemahiran untuk melaksanakan tugas sebagai Operator Pengawasan Udara. Peserta kursus juga akan dinaikkan ke Band 2 setelah lulus menjalani kursus ini. Bagi Peserta Terbaik Amali disandang oleh LU II Muhammad Shafirul Afzan bin Shahrul Izan. Bagi Peserta Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh LU II Mohammad Syafiq Razman bin Rudi.
Melalui ucapan penutup, YBhg Trade Master Kawal & Lapor telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak. YBhg Trade Master juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kerana sudi hadir bagi menyaksikan peserta kursus BASOC Serial 55/25 dipakaikan lencana tred. Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran kedua-dua kursus ini.












