MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS KURSUS PEMBANTU PENTADBIRAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 12/22 DAN KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS II SIRI 12/22

FB IMG 1662040111305 FB IMG 1662040117338 FB IMG 1662040127895
FB IMG 1662040133412 FB IMG 1662040027629 FB IMG 1662040045548 1

 

SENDAYAN, 1 Sep 22 – Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 12/22 serta Kursus Pembantu Pertahanan Kelas II Siri 12/22 bertempat di Auditorium Rajawali, Pangkalan Udara Sendayan. Kedua-dua kursus ini yang melibatkan 80 orang penuntut telah bermula pada 9 Mei 22 dan tamat pada 2 Sep 22.

Bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 12/22, Anugerah Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Kpl U (W) Nor Syakinah binti Awang Saad dari MPSTU manakala anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh Kpl U Mohammad Fariszudin bin Md Noor dari CPM-ATM.

Sementara bagi Kursus Pembantu Pertahanan Kelas II Siri 12/22 pula, Anugerah Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Kpl U Mohd Sholehhuddin bin Abd Malek dari PU Subang dan anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Kpl U Mohd Hafizi bin Abd Aziz dari PU Butterworth.

Pegawai Memerintah INSTAR dalam ucapannya menyeru semua hadirin terutama para penuntut kursus agar merebut peluang untuk peningkatan kerjaya dan diri selaras dengan perkembangan masa kini. Semua penuntut wajar mengamalkan sikap proaktif dan membudayakan kesungguhan dalam menimba ilmu dan pengalaman.

Selain itu juga, beliau memberi penekanan terhadap aspek BMI seperti yang dinyatakan dalam Perintah Ulung PTU. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kualiti kesihatan individu malahan turut memberi impak yang besar terhadap pengurusan kerjaya kita semua sebagai seorang anggota TUDM khasnya dan ATM amnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.