GONG KEDAK, 1 Dis 22 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa INSPRA telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Tamat Kursus bagi Fire Vehicle Operator Course Siri 7/22 yang disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM, Pemangku Komander Pangkalan Udara Gong Kedak bertempat di Cawangan Bomba, Pangkalan Udara Gong Kedak.
Kursus Fire Vehicle Operator Siri 7/22 ini dihadiri oleh 10 peserta dari anggota LLP pelbagai unit. Kesemua penuntut kursus telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Gong Kedak, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM; Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan Udara Gong Kedak, Lt Kol Juhaini binti Jaafar TUDM; Ketua Sekolah Bomba dan Menyelmat, INSPRA Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM dan jurulatih dari Sekolah Bomba Dan Menyelamat (SBM) INSPRA. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus dan selamat maju jaya.