SUBANG, 16 Oktober 2020 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Asas Psikologi Kaunseling (KAPK) TUDM Siri 15/20 yang diadakan di Auditorium Muzik dan Kesenian TUDM, Pangkalan Udara Subang pagi tadi.
Seramai 10 pegawai dan 12 anggota lain-lain pangkat dari pelbagai Cawangan dan Ketukangan TUDM telah menghadiri kursus ini yang diadakan selama dua minggu bermula dari 5 Oktober 2020 di Cawangan Istiadat, Pangkalan Udara Subang.
Kursus yang dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Psikologi (SPP) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota TUDM dengan subjek psikologi kaunseling yang komprehensif secara teori dan amali.
Diharap dengan ilmu yang telah dipelajari ini dapat membantu pengurusan TUDM di dalam menangani masalah anggota yang menghadapi tekanan perasaan atau masalah peribadi mahupun masalah di tempat kerja.