MAJLIS PENUTUP PROGRAM KAYA BUDI SQUADRON OFFICER COURSE SIRI 96/22

WhatsApp Image 2022 03 24 at 073313 WhatsApp Image 2022 03 24 at 073313 1 WhatsApp Image 2022 03 24 at 073314
WhatsApp Image 2022 03 24 at 073315 WhatsApp Image 2022 03 24 at 073315 1 WhatsApp Image 2022 03 24 at 073315 2

 

SENDAYAN, 23 Mac 22 – Seramai 15 peserta Program Kaya Budi yang terdiri daripada isteri kepada penuntut Squadron Officer Course (SOC) Siri 96/22 telah berjaya menamatkan Program Kaya Budi yang dilaksanakan mulai 21 Mac 22 hingga 23 Mac 22 di Hotel d’SORA, Bandar Sri Sendayan. Program ini buat julung kalinya dilaksanakan oleh INSKEP sejak beroperasi sepenuhnya di PU Sendayan dan kali terakhir Program ini dianjurkan di Pulau Pinang pada Mac 2019 yang lalu. Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan.

Majlis Penutup tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Indera Dr Hjh Sorayah binti Sidek, Ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Dr Halina binti Haron, Datin Noorisah binti Muhammad, Datin Lynette binti Mohamed, Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM bersama Isteri selaku Pengerusi BAKAT PU Sendayan, Puan Huzaila binti Mohd Khalid, dan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM bersama Isteri, Puan Nur Hafiza Shahira binti Norani.

Program ini merupakan salah satu modul di dalam kursus SOC yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada isteri para pegawai tentang organisasi, peranan dan fungsi BAKAT Udara. Program ini turut dijayakan sepenuhnya dengan penyertaan tenaga pengajar dari kalangan Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan PS 1 Operasi Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP). Selama 3 hari program dilaksanakan, peserta telah didedahkan dengan sesi pembelajaran merangkumi Peranan dan Fungsi BAKAT, Organisasi BAKAT, Semangat Berpasukan di dalam BAKAT, Kemahiran Berkomunikasi, Pengurusan Diri dan Masa, Kemahiran Mengendalikan Mesyuarat, Kepimpinan dan Etika Protokol di dalam TUDM.