BUKIT IBAM, 3 Dis 2020 – Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Tempur TUDM, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Special Protection Siri 14/20 yang diadakan di Padang Kawad SLTT, Bukit Ibam.
Seramai 23 pelatih telah dianugerahkan selepas empat minggu menghadiri kursus ini. Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi kursus Special Protection Siri 14/20 telah disandang oleh Kpl U Mohd Nafizan bin Ab Hamid.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang telah berjaya menamatkan kursus, khususnya kepada pelatih yang dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan. Beliau turut mengingatkan pelatih-pelatih, mereka seharusnya menjaga imej PASKAU khususnya dan Rejimen TUDM amnya. Beliau juga berharap agar dapat melihat sumbangan serta pencapaian yang boileh dibanggakan di atas penglibatan pelatih-pelatih di masa akan datang didalam operasi dalam mahupun di luar negara apabila diperlukan kelak.