ALOR SETAR, 13 Jan 21 - Sekolah Sistem Pesawat PC-7 MkII, Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT), telah menganjurkan Kursus Senggaraan Pesawat PC-7 MkII iaitu General Familiarization Training dan Ramp And Transit Training siri 01/20.
Kursus yang berlangsung selama 8 minggu bermula dari 19 Oktober 2020 sehingga 11 Disember 2020 telah dihadiri oleh seramai 38 orang anggota yang terdiri daripada seorang Pegawai Kejuruteraan dan 37 anggota Juruteknik TUDM dari Bahagian Kejuruteraan ILIT, Kolej Tentera Udara.
Turut sama hadir pada majlis ini adalah Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, Pegawai Eksekutif Kolej; Lt Kol Saravanasennan A/L R.Veerasennan TUDM, Pegawai Memerintah ILIT serta barisan pegawai kanan dan staf kolej.
Majlis Penutup kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara dalam suasana norma baharu dan mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19.