PORT DICKSON, 18 Mac 22 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Principal Air Warfare (PAW) Siri 19/22. Kursus ini dianjurkan oleh Air Warfare Center TUDM dan julung kalinya diadakan di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson.
Kursus yang bermula dari 7 Mac hingga 18 Mac 22 ini telah dihadiri seramai 20 orang pegawai berpangkat Lt TUDM dan Kapt TUDM yang terdiri daripada pelbagai ketukangan dalam perkhidmatan TUDM. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta berkaitan Air Warfare.
Secara keseluruhannya, kursus yang dianjurkan selama 2 minggu ini berjaya mencapai objektif melalui pendedahan berkenaan aspek-aspek seperti berikut:
a. Sejarah, keadaan semasa dan juga perkembangan terkini Air Warfare dari perspektif TUDM,
b. Memperkenalkan Air Operation Planning Process (AOPP) kepada peserta kursus serta pelaksanaannya di peringkat operasi dan taktikal,
c. Memberi pendedahan wargame simulation dengan menggunakan sistem Extended Air Defence Simulation (EADSIM).
Kursus PAW Siri 19/22 ini telah dikoordinasikan oleh AWC TUDM dengan penglibatan tenaga pengajar daripada AWC TUDM sendiri serta pensyarah jemputan.
Turut hadir semasa majlis penutup ialah Komandan Pusat Pengaman Malaysia, Kol Azudin bin Hassan dan Komander AWC TUDM, Kol Khairul Muzambi bin Salehin TUDM.