ALOR SETAR, 10 Jun 22 – Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM telah menyempurnakan Majlis Penututp Kursus Pertahanan Darat TUDM Siri 14/22 telah diadakan di Padang Kawad Kolej Tentera Udara.
Kursus ini telah berlansung dari 17 Mei 22 hingga 13 Jun 22 ini telah disertai oleh 42 penuntut terdiri dari tiga (3) pegawai dari Cawangan Tadbir dan 39 anggota LLP dari ketukangan Pembantu Tahan yang berjaya menamatkan kursus. Penuntut terbaik bagi kursus ini disandang oleh Kpl U Azfar Shany Afandi bin Abdullah dari Sekolah Latihan Pegawai, Kolej Tentra Udara.
Komandan Kolej Tentera Udara turut menyempurnakan Pemakaian Lencana Pertahanan Darat TUDM KPDT Siri 14/22 kepada penuntut.
Kursus ini meliputi tiga modul berkaitan dengan penugasan HANDAU iaitu Penugasan Atur Gerak, Pertahanan Darat Pasif dan Pertahanan Darat Aktif, merangkumi spektrum penuh di dalam penugasan Pertahanan Darat TUDM. Kursus ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemampuan fizikal serta membina kekuatan mental yang tinggi di kalangan penuntut.