KUANTAN, 21 April 2022 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Flight Operations Management (FOM) Serial 18/21 yang disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM yang diadakan di Bangunan RSS, Sekolah Kawalan Trafik Udara, INSPRA.
Kursus yang bermula dari 3 Jan hingga 22 Apr 22 ini telah disertai seramai 30 penuntut berpangkat Kpl U. Objektif kursus adalah untuk melatih anggota Ketukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU) dalam melaksanakan tugas sebagai Operations Supervisor (OS) di Bilik Operasi. Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Kpl U Mohd Azzwan bin Abd Aziek dari Markas Pemerintahan Operasi Udara - A3, PU Subang.