KUANTAN, 18 Okt 22 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus bagi Flight Operation Management (FOM) Siri 19/22 dan Fire Safety Technician (FSTC) Siri 31/22 yang disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat
Objektif utama kursus FOM ini adalah untuk melatih peserta dalam melaksanakan tugas sebagai seorang penyelia operasi dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk mengawal selia bilik operasi. Kursus ini telah bermula pada 26 Jun 2022 dan disertai seramai 30 orang peserta dari pelbagai unit.
Manakala objektif utama kursus FSTC adalah melatih peserta kursus supaya boleh mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, membuat tugasan pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran serta alat pernafasan. Kursus ini telah bermula pada 20 Jun 2022 dihadiri seramai 25 orang peserta.
Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Flight Operation Management Siri 19/22 telah disandang oleh Kpl U Mohammad Azhar bin Che Rozali dan Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Fire Safety Technician Siri 31/22 disandang oleh Kpl U Muhammad Khaidir bin Sabirun.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus. Semoga segala ilmu yang dipelari semasa kursus ini dapat diaplikasi semasa bertugas di unit masing-masing.