KUANTAN, 27 Sep 22 – Ketua Pengarah Sekretariat, Markas Tentera Udara, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM selaku Tred Master Kawalan Lalu Lintas Udara telah menyempurnakan Majlis Penutup Dan Pemakaian Lencana Ketukangan bagi Kursus Basic Air Traffic Control Assistant (BATCA) Siri 52/22 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.
Ketibaan beliau disambut oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.
Kursus ini telah bermula pada 7 Jun 2022 akan berakhir pada 30 Sep 2022. Seramai 26 peserta berpangkat Laskar Udara Dua telah menyertai kursus selama 16 minggu ini dengan jayanya. Dalam ini menyaksikan Anugerah Peserta Terbaik Praktikal dan Keseluruhan disandang oleh LU II Ahmad Haziq Hakimi bin Zamani. Manakala Anugerah Peserta Terbaik Teori disandang oleh LU II Muhammad Daniel Amirien bin Mohd Razid.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit baru.