MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PEGAWAI MATERIEL SIRI 52/2020

DSC 0148 DSC 0134 DSC 0148
DSC 0170 DSC 0178 DSC 0180
DSC 0192 DSC 0197


Pelatih Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Pegawai Materiel telah dinobatkan kepada Lt Almas Sofea binti Aziz TUDM manakala Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan pula dinobatkan kepada Lt Mohamad Hafiz bin A.Aziz TUDM.

KINRARA, 26 Okt 20 – Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Materiel Siri 52/2020 telah berlangsung di Auditorium Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM.

Dalam ucapan AKS Materiel, beliau mengingatkan semua warga Materiel mengambil inisiatif untuk lebih mendalami fungsi dan peranan Materiel dan tanggungjawab masing-masing di dalam melaksanakan sesuatu misi yang diamanahkan.

Semua pegawai dan warga Materiel seharusnya bijak menyeimbangkan ‘check and balance’ terhadap tiga elemen penting, iaitu mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi, nilai kemahiran kerja yang baik dan sikap atau budaya kerja yang positif terhadap peranan dan fungsi masing-masing.

Utamakan komitmen dan semangat ‘espirit de corp’ yang kental dalam melaksanakan tugas agar kita menjadi satu warga Materiel yang mempunyai hubungan akrab dan mantap serta dapat bergerak seiring sebagai satu pasukan bagi menepati satu matlamat yang sama.

Diakhir ucapan, beliau berharap agar segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari tidak akan dipersia-siakan dan menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada TUDM khasnya dan ATM amnya.