ALOR SETAR, 28 Dis 21 - Seramai 67 orang Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah terpilih untuk menjalani Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 9/21 di Sekolah Latihan Pegawai, Akademi Tentera Udara. Latihan ini akan berlangsung selama 6 bulan.
Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kolonel Baharudin bin Abu Hassan TUDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Sekolah Latihan Pegawai, Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan Kolej Tentera Udara. Komandan Kolej Tentera Udara, Brigedier Jeneral Masro bin Kaliwon TUDM turut meluangkan masa hadir ke majlis ini sebagai tetamu jemputan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua Pegawai Kadet LKTA Siri 9/21.