MAJLIS PEMBUKAAN EKS WIRA HELO 6/22

1 2 3

 

Majlis Pembukaan Eksesais WIRA HELO Siri 06/2022 telah dirasmikan oleh Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 pada 27 Jun 22. KS MAWILUD 1 seterusnya menyempurnakan pemakaian “patch” sebagai simbolik perasmian Eksesais kepada para peserta eksesais termasuk wakil daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Eksesais WIRA HELO Siri 06/2022 (Eks WIRA HELO 6/22) adalah salah satu eksesais yang dilaksanakan oleh fleet helikopter TUDM untuk memastikan kompetensi dan kesiagaan anak kapal serta anggota PASKAU sentiasa berada di tahap yang optimum. Di samping itu, ia juga akan meningkatkan keupayaan, prosedur dan keyakinan anak kapal dalam penerbangan secara taktikal dengan menggunakan kaedah penyusupan sama ada pada waktu siang mahupun malam. Secara amnya, pelaksanaan eksesais kali ini adalah berkonsepkan Field Training Exercise (FTX).

4jpg

Aset TUDM yang terlibat dalam eksesais ini adalah helikopter EC 725 AP dan helikopter AW139. Pelaksanaan eksesais kali ini adalah berlandaskan ‘joint environment/ operation’, dan melibatkan latihan bersepadu bersama 10 Bgd PARA dari Tentera Darat Malaysia dan KD LEKIU dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Melalui eksesais ini akan terus meningkatkan ‘interoperability’ dan kerjasama antara perkhidmatan.

Antara jenis penerbangan yang telah dirancang dalam eksesais kali ini adalah HIE (Helicopter Insection & Extraction), ISR (Intelligence, Surveillance&Reconnaissance), SAREX (SARFIND), CASEVAC/MEDEVAC, Deck Landing Training/Hi-Line Transfer, High Altitude Rescue dan Aerial Sniping/Broadcast. Penerbangan yang utama dan terakhir yang dirancang menggunakan senario adalah Heliborne Assault yang mana akan melibatkan helikopter EC 725 AP dan helikopter AW139 bersama anggota 10 Bgd PARA.