MAJLIS PEMBUKAAN AIR DEFENCE SIMULATION EXERCISE (ADSIMEX) SIRI 5/2022

WhatsApp Image 2022 09 06 at 125319 PM WhatsApp Image 2022 09 06 at 125319 PM 1 WhatsApp Image 2022 09 06 at 125320 PM
WhatsApp Image 2022 09 06 at 125321 PM WhatsApp Image 2022 09 06 at 125321 PM 1 WhatsApp Image 2022 09 06 at 125322 PM 1
WhatsApp Image 2022 09 06 at 125325 PM WhatsApp Image 2022 09 06 at 125326 PM

 

KOTA SAMARAHAN, 5 Sep 22 – Panglima Markas Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM telah merasmikan pembukaan Air Defence Simulation Exercise (ADSIMEX) Siri 5/2022 secara Video Conference dan majlis ini turut disertai oleh Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM dari Markas Angkatan Tugas Bersama 2 selaku wakil Tred Master Kawal dan Lapor serta peserta-peserta eksesais dari Regional Air Operation Centre 2 (RAOC) MAWILUD 2 dan Skn 330 CRC 2 Kota Samarahan. PANGWILUD 2 turut menegaskan kepada semua peserta eksesais yang terlibat agar mengambil peluang dari eksesais seperti ini dalam usaha untuk mengenalpasti jurang yang ada dari segi keupayaan aset, prosidur dan doktrin bagi penambahbaikan di masa akan datang. Beliau juga berharap agar eksesais ini dapat meningkatkan tahap kecekapan warga Kawal dan Lapor dalam melaksanakan apa jua penugasan dengan penuh dedikasi.

Air Defence Simulation Exercise (ADSIMEX) merupakan satu eksesais tahunan yang melibatkan pegawai-pegawai Cawang Kawal dan Lapor dan LLP ketukangan Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) bermula 04 hingga 09 Sep 22 di Regional Air Operation Centre 2 (RAOC 2), MAWILUD 2 dan di Control and Reporting Centre 2 (CRC 2), Kota Samarahan bagi Tim EXCON.

ADSIMEX Siri 5/2022 berkonsepkan Peperangan Konvensional (Conventional Warfare) dengan senario yang dibangunkan bagi memenuhi matlamat dan objektif eksesais. Eksesais kali ini akan memfokuskan dan menguji kebolehupayaan CRC 1 dan CRC 2 dalam melaksanakan pengawasan ruang angkasa serta penugasan pesawat bagi menangani konflik ancaman serangan udara.

Skn 330 CRC 2 Kota Samarahan telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek pelaksanaan ADSIMEX Siri 5/2022 dengan keanggotaan dibantu oleh Skn 320 CRC 1 PU Kuantan dan unit-unit Skuadron Pertahanan Udara yang lain. MPOU-JKO bertindak sebagai Sekretariat bagi perancangan, koordinasi pelaksanaan serta bertindak sebagai Tim Penilai yang akan membuat penilaian keseluruhan esksesais.