KUALA LUMPUR 30 Mei 22 – AKS Materiel, Mej Jen Dato’ Zainal bin Abdul Manaf TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada tiga (3) Anggota MTU-Materiel iaitu Sjn U Ahmad Basri bin Muhd Jabri, Sjn U Mohd Fadli bin Mohd Samri, Sjn U Sulaiman bin Che Shahrom yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan mulai 4 Apr 22.
AKS Materiel turut menyampaikan ucapan sempena bulan Syawal 1443H serta HUT TUDM yang ke-64. AKS Materiel berharap agar semua warga MTU-Materiel mempunyai azam dan semangat serta konsisten dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Beliau turut mengingatkan supaya warga MTU-Materiel sentiasa mematuhi SOP kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan memandangkan wabak COVID-19 masih lagi ada serta kekal sihat dalam melaksanakan tugas.