MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP, PEMAKAIAN LENCANA KETUKANGAN ,PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS BOMBA KELAS II (BASIC AERO FIREFIGHTER) SIRI 60/23

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 7 Feb 24 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP, Pemakaian Lencana Ketukangan, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bomba KELAS II (Basic Aero Firefighter) Siri 60/23 diiringi oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.

Majlis ini turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Wan Azwan Azwary bin Wan Ali TUDM; Trade Master Bomba TUDM, Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad TUDM dan Ketua Trup Bomba PUTD, Mej Ridzuan bin Norman. Majlis dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat Anggota LLP terdiri daripada 1 x Pegawai Waran, 1 x Sarjan. Majlis seterusnya diikuti dengan Pemakaian Lencana Ketukangan, Penyampaian Sijil Dan Penutup Kursus Bomba Kelas II (Basic Aero Firefighter) Siri 60/23.

10 11 12
13 14 15

 

Kursus ini telah bermula pada 25 Sep 23 hingga 9 Feb 24. Seramai 29 Peserta Kursus LLP yang terdiri daripada dua (2) anggota dari Tentera Darat Malaysia, dan 27 anggota dari Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghadiri kursus ini selama 17 minggu dan menamatkan kursus ini dengan jayanya. Anugerah Peserta Terbaik Amali dan Anugerah Komandan disandang oleh LU II Mohamad Akhwan bin Azizi bin Muhamad Kory manakala Peserta Terbaik Teori, Peserta Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Komandan INSPRA disandang oleh LU II Mohamad Norhakimi bin Mohd Sanusi.

Ketua Staf MPPLU turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Peserta Kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya juga kepada Peserta terbaik Teori, Amali dan Keseluruhan. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit masing-masing. Diakhir majlis turut diadakan persembahan hasil penciptaan dari Tim KIK INSPRA dan seterusnya acara bergambar sebagai tanda kenangan.