KUANTAN, 13 Jul 23 – Trade Master Kawalan Lalu Lintas Udara, Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Ketukangan KLLU, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Basic Air Traffic Control Officer (BATCO) Serial 44/22. Majlis turut dihadiri wakil Perkhidmatan Tentera Laut, Kepten Mohamad Shah bin Saimon TLDM, dan Kepten Mahazam bin Ali TLDM, Ketua-ketua Sekolah, Ketua Bahagian, Pegawai Waran serta barisan jurulatih yang bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA. Majlis dimulakan dengan Pemakaian Lencana Ketukangan, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Basic Air Traffic Control Officer (BATCO) Serial 44/22.
Kursus yang telah bermula pada 5 Dis 22 dan berakhir pada 14 Jul 23 ini telah disertai oleh 15 Perserta Kursus yang terdiri daripada (2) dua pegawai dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan 13 pegawai dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Peserta Terbaik Teori disandang oleh Lt Muhammad Syamil bin Sari TLDM dan Peserta Terbaik Amali disandang oleh Lt Wan Muhammad Iqbal bin Wan Abu Bakar TUDM manakala Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Lt Pojaa Deevi A/P Kumaravel TUDM.
Objektif utama kursus BATCO adalah untuk melatih para pegawai tentang ilmu asas dan kemahiran dalam Kawalan Lalu Lintas Udara. Selepas tamat kursus, graduan akan dilengkapi dengan keupayaan dan tahap keyakinan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara di unit operasi TUDM khasnya dan ATM amnya.
Trade Master Kawalan Lalu Lintas turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit masing-masing. Diakhir majlis turut diadakan acara bergambar bersama peserta kursus sebagai tanda kenangan.