MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA CAWANGAN TADBIR, PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS

B C D
E I K
L M M1

 

SENDAYAN, 15 Jun 23 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan telah melaksanakan Majlis Pemakaian Lencana Cawangan Tadbir, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus yang berlangsung di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM. Majlis telah dimulakan dengan sesi pembentangan PENDITA 2 oleh penuntut Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 4/23 di Dewan Al Fateh, INSTAR. Kertas kerja pembentangan adalah bertajuk Handbook Panduan Udara Personel (A1) yang bertujuan memberi panduan bagi meningkatkan tahap keupayaan perkhidmatan elemen A1 bagi memenuhi keperluan pengoperasian Air Operation Planning Group (AOPG). Beberapa intipati yang disampaikan oleh beliau semasa sesi tersebut adalah seseorang Pegawai Tadbir seharusnya berkebolehan dalam melaksanakan pelbagai elemen tadbir dengan menghubungkan peranan-peranan tadbir sedia ada melalui penugasan operasi. Bagi merealisasikan hal ini, beliau menggalakkan agar Pegawai Tadbir mempunyai minda yang terbuka untuk memupuk operational thinking.

Selain itu, selaras dengan matlamat objektif strategi organisasi Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 iaitu CAP55 Fasa 1, untuk menjadikan TUDM sebagai sebuah organisasi yang seimbang dan sebagai satu organisasi yang memiliki saiz keanggotaan yang ideal, beliau mengingatkan kepada penuntut KPKT agar lebih bersedia dengan sebarang perubahan dan penstrukturan Cawangan Tadbir selaras dengan moto Cawangan Tadbir dalam Pelan Strategik Cawangan Tadbir iaitu Anticipate, Think Ahead, and Take the Lead.

N O Q
R S T

 

Seterusnya, AKS Tadbir telah menyempurnakan majlis pemakaian Lencana Cawangan Tadbir, Penyampaian Sijil dan Penutup bagi Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 4/23, Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas II Siri 86/23, Kursus Pembantu Pertahanan Kelas II Siri 70/23 dan Kursus Pembantu Sajian Kelas II Siri 9/23 di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Sendayan.

Dalam ucapan perasmian penutup kursus, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus masing-masing. Beliau juga berharap agar semua penuntut mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi di pasukan kelak. Kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki ini seharusnya dipertingkatkan dari masa ke semasa agar tahap kompetensi Pegawai dan anggota Cawangan Tadbir berada di tahap yang tinggi.

Di kesempatan itu juga, beliau memanjangkan peringatan dari pucuk pimpinan TUDM berkenaan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan anggota TUDM iaitu kes buli. Beliau mengingatkan agar kesemua penuntut tidak melibatkan diri dengan sebarang bentuk buli di unit kelak dan melaporkan dengan segera sekiranya mengetahui mana-mana kes buli yang berlaku kepada pihak atasan melalui saluran yang betul sebelum ianya menjadi lebih serius.

U W W1
Y1 Z Z1

 

Majlis penutup kursus kali ini juga telah merekodkan kecemerlangan beberapa Penuntut kursus. Bagi Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 4/23, Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik telah dinobatkan kepada Kapt Muhamad Faiz bin Rohim TUDM, manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh Kapt Mohamad Rezuwan bin Suliman TUDM.

Bagi Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas II Siri 86/23 pula, Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik diberikan kepada 5801626 LU II (W) Nur Husna Athirah binti Kamadzaman manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik pula diberikan kepada 5801655 LU II (W) Suzeela binti Suday.

Seterusnya, bagi kursus Pembantu Pertahanan Kelas II Siri 70/23, Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik diberikan kepada 740857 LU II Muhammad Aniq Hakim bin Mohd Nazir sementara Anugerah Penuntut Akademik Terbaik pula telah diberikan kepada 5801614 LU II (W) Nor Fatin Atiqah binti Mohamed Azizan. Manakala bagi kursus Pembantu Sajian Kelas II Siri 9/23, Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik diberikan kepada 740755 LU II Heddy Nurhazmie bin Nawawi dan Anugerah Penuntut Akademik Terbaik diberikan kepada 5801602 LU II (W) Aunni Syawanie binti Mahfar.

Turut hadir ke majlis ini adalah Pengarah Rancang Cawangan Provos Marsyal ATM, Kol Muhsin bin Mat Nor TUDM; Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Kol Hamdan bin Ahmad TUDM; Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM; Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM, pegawai-pegawai kanan Tadbir, pegawai-pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penuntut di atas kejayaan menamatkan kursus dan selamat berkhidmat di unit masing-masing kelak.