ALOR SETAR, 10 Mac 22 – Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Ir. Nordin bin Abdul Ghani TUDM telah menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera Dan Elektronik Kapal Terbang (KPKJEK) Siri 33/21 yang diadakan di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara.
Selepas itu, Ketua Pengarah DGTA turut menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) yang diadakan di Mini Auditorium Institut Teknologi Aerospace (ITAS).
Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera Dan Elektronik Kapal Terbang Siri 33/21 telah dihadiri seramai 15 orang peserta manakala bagi Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Recognition of Prior Experiential Learning pula dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri daripada 17 peserta TUDM dan tiga (3) dari pesara TUDM yang berjaya menamatkan kursus.
Pelatih keseluruhan terbaik bagi Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera Dan Elektronik Kapal Terbang (KPKJEK) Siri 33/21 telah disandang oleh Lt Nisha Alexandra Samuel TUDM manakala pelatih akademik terbaik disandang oleh Lt Muhammad Iskandar bin Noor Azli.
Turut hadir semasa majlis ialah Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM; Pegawai Memerintah ITAS, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan dan jurulatih ITAS.