![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 13 Apr 23 - Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Junairi bin Baharom TUDM bersama-sama warga akademi telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran peringkat akademi bertempat di Surau Al-Hawaiyyah, ATU bagi tahun 1444H/2023M.
Majlis yang dirasmikan Komandan ini bermula jam 1400 dengan bacaan surah lazim yang terkandung di dalam juzuk ke 30. Program Tadarus Al-Quran telah bermula pada 23 Mac 23 dengan penglibatan seramai 55 orang peserta terdiri daripada anggota tentera, kakitangan awam dan wakil ahli BAKAT ATU. Turut hadir ialah Pengerusi BAKAT ATU, Puan Salmiah binti Saud yang turut menyertai program tadarus tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada peserta tadarus serta pemberian bunga telur kepada para tetamu yang hadir. Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan ini dapat memberi suntikan kepada ahli jemaah lain untuk turut serta dalam program yang dijalankan secara tahunan setiap kali menjelang Ramadan.
Seramai 480 jemaah hadir pada majlis hari ini. Kesemua peserta menzahirkan rasa syukur dengan pemberian saguhati penghargaan atas penyertaan mereka sepanjang Ramadan tahun ini. Amalan mulia ini menjadi tradisi akademi dalam menerapkan nilai istiqamah kepada seluruh kakitangan sambil menjalankan ibadah puasa saban tahun. Ramadan al-Mubarak.