MAJLIS HAPPY HOUR DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG BAGI PEGAWAI SERTA ANGGOTA NO. 12 SKN YANG TELAH BERTUKAR KELUAR DAN BAKAL MENAMATKAN PERKHIDMATAN

6 5 1
2 3 4

 

GONG KEDAK, 22 Mac 23 – Majlis Happy Hour dan Majlis Jasamu Dikenang Bagi Pegawai serta anggota No 12 Skn yang telah bertukar keluar dan bakal menamatkan perkhidmatan telah berlangsung di Hangar No 12 Skn.

Majlis Happy Hour dan Jasamu Dikenang ini dihadiri oleh Pegawai Memerintah No 12 Skn, Lt Kol Mohd Noraihan bin Abdul Karim TUDM serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai serta anggota-anggota No. 12 Skuadron.

Majlis Happy Hour dijalankan bertujuan untuk mengalu-alukan kehadiran pegawai dan anggota yang baru bertukar masuk ke No. 12 Skn disamping merapatkan hubungan di antara pegawai dan anggota No. 12 Skn. Turut dilaksanakan semasa majlis ini ialah penyampaian hadiah kepada Pegawai dan Anggota yang baru menerima kelahiran anak.

Pada majlis yang sama turut menyaksikan Majlis Jasamu Dikenang bagi Pegawai dan Anggota No. 12 Skn yang telah bertukar keluar dan bakal menamatkan perkhidmatan. Majlis ini bertujuan untuk menghargai seluruh jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang mereka berkhidmat di No. 12 Skn. Pada majlis ini menyaksikan ucapan daripada Lt Kol Shahril Ameir bin Ani TUDM mewakili pegawai dan anggota No. 12 Skn yang bertukar keluar, manakala PW U I Mohd Zaidi bin Mohd Shafei memberikan ucapan mewakili anggota yang bakal menamatkan perkhidmatan.

Seluruh warga No. 12 Skuadron merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua anggota yang bertukar keluar dan bakal menamatkan perkhidmatan di atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di No. 12 Skn.