![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 5 Apr 23 - Komander Pangkalan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM telah meluangkan masa pada 14 Ramadan 1444H untuk bersama warga Wisma Bintara di Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Wisma Bintara, Pangkalan Udara Sendayan.
Ketibaan Komander Pangkalan disambut oleh Penasihat Wisma Bintara Pangkalan Udara Sendayan, PW U I Norazri bin Zakaria dan Yang DiPertua Wisma Bintara PU Sendayan, PW U I Mohd Shaifulaidy bin Ramli. Turut sama hadir adalah Pegawai Memerintah JAMCC, Kol Ivan John Row TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Mohd Azhar bin Mohd Yusuf TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM, Pegawai Memerintah Materiel, Lt Kol Haszainol bin Hj Hassan TUDM, PS1 Tadbir MPPLU, Lt Kol Zakeman bin Abdul Ghani TUDM, Ketua Jurulatih INSKEP, Mej Syahrizan bin Kamaruzaman TUDM, Pegawai Penjaga Wisma, Mej Mohamad Ruzaini bin Mohamad Rosdi TUDM dan Pegawai Penjaga Akaun, Kapt Ilyas bin Abdul Razak TUDM.
Sebaik azan Maghrib berkumandang, majlis berbuka puasa dengan juadah ringan terlebih dahulu. Seterusnya jemaah ke Dewan Wisma Bintara untuk menunaikan Solat Maghrib. Selepas menunaikan solat, Komander Pangkalan dan hadirin menikmati juadah berbuka makan malam.
Seterusnya, Komander Pangkalan serta hadirin menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih yang diimamkan oleh Mahasiswa Maahad Qiraat Shubro Kaherah Mesir, Ustaz Muhammad Azemuddin bin Mohd Shukry. Mengakhiri majlis, semua tetamu disajikan dengan jamuan moreh sebelum beredar pulang.
#WargaUdara
#Ramadan1444H