MAJLIS BERBUKA PUASA SKN 330 TUDM PADA TAHUN 1444H/2023M

IMG 5245 IMG 5246 IMG 5243
IMG 5247 IMG 5244

 

KOTA SAMARAHAN, 4 Apr 23 – Skuadron 330 TUDM telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa yang telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah Skn 330 TUDM, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia @ Yahaya TUDM, barisan Eksekutif Skn, pegawao-pegawai dan seluruh warga Skn 330 TUDM.

Tujuan dan hasrat majlis ini diadakan adalah bagi mengimarahkan Masjid Al Muhaimin Skn 330 TUDM dan juga menyambut bulan kebesaran dalam Islam iaitu bulan Ramadan Al Mubarak.

Majlis diteruskan dengan Solat Sunat Tarawih yang diimamkan oleh Lt M Muhammad Izdiyad bin Mohd Zainal selaku Pegawai Agama Skn 330 TUDM. Selesai Solat Tarawih, turut diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat daripada Tabung Zakat ATM kepada tujuh (7) anggota Skn yang menghidap penyakit kronik. Menu berbuka pada majlis kali ini adalah bertemakan “Rewang” yang mana setiap menu dimasak oleh anggota skn. Disamping itu, majlis ini turut dihadiri oleh anggota bukan beragama Islam bagi bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa.

Semoga pelaksanaan majlis yang diadakan ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer