LU I SYED MUHAMMAD NAUFAL BIN SYED SULAIMAN BUKTIKAN KECEMERLANGAN DI DALAM SUKAN EKUESTRIAN

WhatsApp Image 2022 10 20 at 142400 WhatsApp Image 2022 10 20 at 142403 WhatsApp Image 2022 10 20 at 142404 1
WhatsApp Image 2022 10 20 at 142405 WhatsApp Image 2022 10 20 at 142852

Lembah Bidong, Setiu - LU I Syed Muhammad Naufal bin Syed Sulaiman dengan menunggang kuda bernama Gawaiz telah menempa sejarah atlet pertama dari Malaysian Armed Forces Equestrian Centre (MAFEC) mendapat kelayakan CEI 2* 120 KM. Beliau berjaya mengharungi cabaran dalam kategori CEI 2* 120 KM di tempat ke-3 daripada 20 peserta yang menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan Cup 2022 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu mulai 13 hingga 16 Okt 22.

Pada kejohanan kali ini, KDYMM Tuanku Sultan Mizan telah mencemar duli menyertai kategori CEI 2* 120 KM dan berjaya mendapat tempat kedua. Manakala Kol Dr Norazrin bin Shamsudin TUDM selaku Pengerusi Ekuestrian ATM telah berjaya menamatkan pertandingan kuda lasak kategori VIP 15 KM. Dalam kategori CEN 40 KM, seramai 3 atlet MAFEC iaitu Sjn Mohammad Syamil bin Azizan, Kpl U Ahmad Hafiz bin Dazlan dan Kpl Abdul Rafizam bin Ab Razak telah berjaya menamatkan pertandingan ini.

Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan ini telah disertai oleh pelbagai persatuan dan kelab ekuestrian dari dalam dan luar negara antaranya Legendary Endurance Singapore, Faro Farm Endurance Thailand, Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Royal Kelantan Endurance (RKE), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), State of Terengganu Endurance Team (STET), Best Endurance Team dan lain-lain kelab ekuestrian.

Tahniah diucapkan kepada LU I Syed Muhammad Naufal bin Syed Sulaiman dan semua atlet yang berjaya menamatkan pertandingan serta barisan jawatankuasa dan pengurusan MAFEC dalam kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan terus menjadi pemangkin semangat kepada keluarga sukan ekuestrian ATM dan seterusnya mengharumkan nama ATM diperingkat antarabangsa.