LAWATAN RASMI TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN AUSTRALIA KE AUSTRALIAN DEFENCE FORCED UNIT (ADF) DI PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 24 Ogos 23 - Deputy Prime Minister Of Australia Minister Of Defence, Tuan Yang Terutama (TYT) Richard Marles telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Malaysia khususnya kepada Tentera Udara Diraja Malaysia mulai 23 hingga 24 Ogos 23. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Khairul Muzambi bin Salehin TUDM.

Setibanya di Pangkalan Udara Butterworth, TYT Richard Marles memeriksa Kawalan Suku dan turut menandatangani buku lawatan sebagai penghargaan di atas lawatan beliau. Dalam rangka lawatan kerja, beliau dan delegasi hadir bagi melawat unit-unit Australian Defence Forced (ADF) iaitu di HQIADS, All Rank Mess No 19 Skuadron RAAF, 92 Wings Detachment Alpha dan 2nd /30th Training Group (Rifle Company Butterworth).

Lawatan kerja rasmi ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan di antara TUDM dan Angkatan Tentera Australia di samping berkongsi maklumat dan pengalaman kedua-dua pihak.