LAWATAN PEMANTAUAN OP PENAWAR

WhatsApp Image 2021 05 10 at 10432 PM WhatsApp Image 2021 05 10 at 10432 PM 1

 

KUANTAN, 9 Mei 21- Ketua Skn 213 HANDAU, Mej Ileyas bin Mat Zin TUDM telah membuat Lawatan Pemantauan kepada anggota Skn 213 HANDAU PU Kuantan yang terlibat dengan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) OP PENAWAR.

Penglibatan anggota 213 HANDAU dalam OP PENAWAR sejak 16 Jan 21 setelah kerajaan mengumumkan Negeri Pahang diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana sehingga kini penugasan anggota 213 HANDAU hanya melibatkan satu lokasi SJR sahaja iaitu di Tol Kuantan.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau SOP pelaksaan tugas anggota terlibat dan memastikan PPE sentiasa mencukupi bagi keselamatan anggota bertugas. Ini adalah langkah persediaan bagi pelaksanaan PKP 3.0 di daerah Kuantan ya bermula 10 Mei 21 hingga 23 Mei 21.

Ketua Skn 213 HANDAU turut mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama semua anggota bertugas.