BUKIT KUBONG, 26 MEI 22 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan dan Para Peserta Bengkel Perundangan Operasi Siri 1/22 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Skn 340 Kompleks TUDM Bukit Kubong. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat secara terus penggunaan radar dan sistem terkini yang digunapakai dalam mengawal dan mempertahankan ruang udara Wilayah Udara 2.
Delegasi yang melawat telah disambut mesra oleh Pegawai Memerintah Skn 340, Lt Kol Fazli Ahmad bin Habibul Rahman TUDM. Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah ditaklimatkan berkaitan fungsi, tanggungjawab dan cabaran Skn 340 dalam mempertahankan ruang udara di Wilayah Udara 2.