LAWATAN KERJA TENTERA UDARA DIRAJA AUSTRALIA KE SEKOLAH KAWALAN TRAFIK UDARA, INSPRA

DSC 3896 1 DSC 3916 DSC 8033
DSC 8076 DSC 8090 DSC 8173

 

KUANTAN, 27 Mei 22 - Lawatan kerja delegasi Sekolah Kawalan Trafik Udara (SATC) Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang berpangkalan di Pangkalan Jualan Timur RAAF, Australia telah dijalankan di Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), INSPRA pada 22 hingga 27 Mei 22.

Lawatan tersebut merupakan salah satu program yang didaftarkan dalam “Program Term of Reference (ToR) Sister School” yang ditandatangani semasa persidangan “Air Staff Talk” (AST) siri ke-11 di Sydney, Australia pada 18 Okt 19.

Delegasi dari SATC, RAAF diketuai oleh WGCDR Peter Noel Clark, Pegawai Memerintah SATC, dan diiringi oleh Flt Lt Nicholas Jordan Downward.

Program selama enam hari itu termasuk kunjungan hormat kepada Ketua Cawangan Kawalan Trafik Udara, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM di Kementerian Pertahanan, lawatan ke SKTU, INSPRA dan Pusat Pengurusan serta Penyelarasan Ruang Udara Bersama (JAMCC), Sepang.

Semasa program lawatan di SKTU, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil berkaitan pembangunan latihan kawalan trafik udara. Rombongan turut dibawa melawat kemudahan latihan seperti “Aerodrome Control Training Simulator” (ACTS), “Radar Simulator System” (RSS) dan “Self Training Facilities” (STF).

Perkongsian maklumat antara dua pusat latihan ini penting untuk pembangunan latihan kawalan trafik udara bukan sahaja di SKTU, malah di SATC pada masa hadapan. Ia juga bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua Tentera Udara yang telah terjalin sekian lama di bawah Program Pertahanan Bersama Malaysia Australia (MAJDP).